Sukan Hari Ini

Tengku Abdullah: Hormati keputusan saya

tengku abdullah 3

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap semua pihak menghormati keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan disandang dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Oktober ini, lapor MOHD FIRDAUS YON.

Menurutnya, beliau sudah menyatakan hasrat dan perancangannya untuk tidak bertanding dalam kongres akan datang demi memberi laluan kepada mana-mana pihak yang dapat membuat perubahan ke atas sukan berkenaan.

“Saya sudah menyatakan hasrat saya, itu perancangan saya. Saya tidak akan bertanding dalam kongres akan datang semata-mata untuk memberi laluan kepada mana-mana pihak.

“Saya rasa sudah sampai masanya sesiapa sahaja tampil untuk membuat perubahan atau peningkatan. Saya pun rasa sudah berusaha banyak untuk memajukan (sukan hoki). Saya juga akui masa juga tidak mengizinkan selain banyak tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir ke Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2014 di sini semalam.

Tengku Abdullah berkata, hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan disandang bukan bermaksud dirinya akan meninggalkan terus soal hoki negara.

Sebaliknya, beliau mengakui akan terlibat secara langsung mahupun tidak, termasuklah sekiranya dipilih menjadi Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF).

Ditanya calon sesuai untuk menggantikan tempatnya, Tengku Abdullah memberitahu perkara itu masih terbuka, namun sudah ada bayangan satu dua nama dan ia masih belum ditetapkan lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");