Sukan Hari Ini

Tenis: Azarenka lega dapat mara pusingan kedua Terbuka AS

27azarenka_transformed

NEW YORK: Victoria Azarenka terpaksa bergelut habis-habisan sebelum mengesahkan kemenangan selepas menewaskan pemain Jepun yang juga ranking ke-90 dunia, Misaki Doi 6-7 (3), 6-4, 6-1 dalam pusingan pertama kejohanan tenis Terbuka AS, awal pagi ini.

Pemain Belarus yang muncul naib juara di belakang Serena Williams dua tahun terakhir adalah pilihan ke-16 bagi edisi kali ini.

Dia tidak beraksi pada Terbuka Perancis kerana kecederaan lutut kanan.

“Sukar untuk kembali selepas berehat lama. Terasa lega dapat lepas halangan ini ,” kata Azarenka.

“Saya bekerja keras dan berasa ada peningkatan dalam segala aspek ketika ini dan harus lebih bersedia kali ini,” katanya. – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");