Sukan Hari Ini

Terbuka AS: Venus tiru taktik adik atasi Bacsinszky

Tennis: U.S. Open-Williams vs Bacsinszky

NEW YORK: Venus Williams berkata dia meniru gaya permainan dan taktik adiknya, Serena dan formula itu berkesan apabila layak ke pusingan ketiga selepas menewaskan Timea Bacsinszky dari Switzerland 6-1 6-4 di sini, pagi tadi.

“Saya menyaksikan Serena bermain malam tadi. Dia bermain cukup hebat dan saya cuba meniru caranya,” kata juara dua kali Terbuka AS itu.

Serena, 32, dan pemain pilihan pertama mudah mengatasi pemain Amerika Syarikat, Taylor Townsend, semalam.

Venus, 34, juara grand Slam tujuh kali layak ke pusingan ketiga buat pertama kali dalam tempoh empat tahun di Flushing Meadows.

Dalam pusingan berikut dia akan menentang pemain Itali dan pilihan ketiga, Sara Errani yang menewaskan pemain Australia, Anastasia Rodionova 6-4 7-6 (2). – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");