Membawang Hari Ini

‘Tribute To Saloma’

saloma

AIR Mata Di Kuala Lumpur’, Aku, Dia Dan Lagu, Biarlah Aku Pergi, Bila Larut Malam bukanlah karya asing buat peminat muzik tempatan, malah lagu-lagu ini sentiasa menjadi ingatan seperti mana penyanyinya, Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Sempena memperkenalkan filem televisyen ‘Saloma’ hasil arahan Melissa Saila yang bakal ditayangkan menerusi saluran Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini, sebuah album khas Tribute To Saloma turut ditampilkan bersama.

Apa yang menariknya mengenai album ini adalah setiap lagu-lagu yang diselitkan diberi nafas baru dengan susunan muzik moden oleh pengah muziknya, Azlan (Azlan & The Typewritter).

Mengulas lebih lanjut mengenai album itu, Azlan memberitahu biar pun elemen muzik yang ditampilkan berbeza, namun sentuhan melodi asal lagu-lagu itu masih dikekalkan.

“Semua lagu yang ada dalam album ini. memang kita tidak sentuh langsung melodi asalnya. Cuma kita selitkan elemen muzik yang bersesuaian dengan peredaran zaman.
“Saya sendiri hidup dalam generasi muzik rock dan secara tidak langsungnya ada elemen yang sama dalam lagu-lagu ini,” jelasnya.

Tidak bimbang dengan penerimaan pendengar, Azlan yakin peminat pendengar bakal menerima karya-karya ini dengan baik.

“Ini bukan kali pertama saya sendiri terlibat dalam projek besar seperti ini, kerana saya juga pernah terlibat dalam tribute untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan juga Sudirman.

“Sepanjang itu juga kami tidaklah menerima mana-mana kritikan yang negatif terhadap muzik yang cuba kami tonjolkan dalam karya-karya milik nama besar ini.

“Kalau diikutkan, muzik memang bergerak laju dan saya sendiri tidak terkejar. Apa yang saya buat adalah kedepankan lagu-lagu ini dengan muzik yang seiring dengan peredaran zaman,” jelasnya panjang lebar.

Nyanyian tersendiri

Dari segi pemilihan penyanyi pula, Azlan memberitahu penyanyi yang terlibat memiliki kelebihan masing-masing untuk membawa lagu-lagu yang diselitkan dalam album ini dengan baik.

“Saya cuba mengenali kelebihan dan kekuatan vokal penyanyi yang ada. Alhamdulillah, semua proses berjalan dengan lancar.

“Mereka memiliki cara yang tersendiri menyampaikan lagu ini dengan baik,” ujarnya.

Tribute To Saloma edaran Sony Music Entertainment ini mengandungi sebanyak 10 buah lagu popular nyanyian Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang suatu ketika dahulu pernah menjadi siulan peminat muzik tempatan.

Lagu-lagu ini juga telah dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi popular tanah air seperti Hazama, Aweera, Akim, Rafidah Ibrahim, Amy Mastura dan ramai lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");