Isu Panas

Ulama Dalam Pas Kini Sekadar Hiasan, Jadi Pak Turut Golongan Liberal

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata alim ulama di dalam parti Pas ketika ini boleh diibaratkan sekadar perhiasan yang tidak mempunyai nilai dan tidak boleh disandarkan sebarang harapan.

Ini kerana kata beliau sejak Pas bekerjasama bersama PKR dan Dap, ketegasan Pas dilihat semakin hilang dan mereka seakan tidak mempunyai pendirian serta tidak mampu untuk memperjuangkan apa yang selama ini mereka pertahankan.

“Jelas kita dapat lihat, mereka sering berubah-ubah pendirian dengan yang terbaru adalah isu Menteri Besar Selangor sedangkan sebelum ini mereka telah menyatakan sokongan kepada Tan Sri Khalid tetapi tiba-tiba membuat u-turn.

“Mereka ini tidak tahan atas desakan dan hanya mengikut telunjuk orang. Contohnya paling mudah katakanlah kita mempunyai isteri yang cantik tetapi rakan kita mahukan isteri kita itu. Tanpa banyak soal kita bagi sahaja.

“Begitulah Pas yang sanggup lakukan apa sahaja walaupun menyedari perkara tersebut salah dan boleh memberi impak yang tidak baik kepada agama, bangsa dan negara,” jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, rakyat sebenarnya boleh menilai dari awal bagaimana Pas yang selama ini memperjuangkan negara Islam sanggup menukar perjuangan kepada ‘Negara Berkebajikan’ sedangkan UMNO telah lama memperjuangkannya malahan Pas tidak boleh diharapkan untuk membela nasib ahlinya sendiri.

“Adakah parti sebegini yang mahu kita sokong. Bukannya saya memperkecilkan ulama di dalam Pas tetapi mereka ini yang cerdik pandai mengenai agama ‘tewas’ kepada cerdik pandai golongan liberal yang muncul sejak mereka bekerjasama dengan PKR dan Dap.

“Golongan liberal yang menghalalkan segala cara terpaksa diikut oleh Pas. Jadi, bagaimana ahli Pas yang bersungguh-sungguh mahu mempertahankan perjuangan parti mereka ingin bergantung harap kepada pemimpin mereka sedangkan pemimpin mereka ini tidak teguh pendirian.

“Secara peribadi saya amat kesal dengan sikap pemimpin Pas yang langsung tidak mencerminkan ketokohan dan ketegasan dalam perjuangan. Mereka terus mengiyakan tuduhan bahawa Pas sememangnya sebuah parti ‘pak turut’,” ujarnya lagi.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");