Isu Panas

Umno Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri Selangor

ahmad maslan

KUALA LUMPUR: Umno bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri Selangor, jika ia penyelesaian yang dipilih kerajaan negeri bagi menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya memerhati dengan teliti perkembangan di negeri itu demi kepentingan rakyat, selain krisis tersebut secara tidak langsung, turut memberi kesan kepada negara khususnya dari sudut ekonomi.

“Selangor adalah negeri yang penting dan merupakan pusat ekonomi kepada segala usaha yang dibangunkan kerajaan dan kestabilan politik merupakan faktor utama kedatangan pelabur ke sesebuah negeri,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemprosesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini, Rabu.

Krisis itu timbul ekoran terdapat desakan daripada Parti Keadilan Rakyat supaya menteri besarnya itu berundur dan digantikan dengan pemimpin lain parti itu.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");