Membawang Hari Ini

Usah tambah ‘api’

usah tambah api

Khabar angin kononnya Erma, Bade bakal berpisah resahkan pengarah berkaliber

Drama isu poligami pengarah terkenal, Bade Azmi dan isterinya, Erma Fatima nampaknya terus berlanjutan apabila ada khabar bertebaran kononnya perkahwinan pasangan ini yang dibina lebih dua dekad lalu, bakal berakhir dengan perceraian.

Walaupun sebelum ini Erma pernah menyatakan beliau mengizinkan suaminya itu bernikah seorang lagi, namun pengakuan itu masih belum dapat memadamkan gosip rumah tangga mereka.

Kelmarin, akhbar sisipan B*POP turut melaporkan dakwaan aktres dan pengarah itu bakal memfailkan perceraiannya di mahkamah.

Enggan berteka-teki dan membiarkan spekulasi mengenai gosip itu terus bertebaran, HIP mendapatkan penjelasan Erma berhubung perkara itu.

Sambil mengakui terkejut sebaik mendapat tahu mengenai laporan terbabit, Erma meminta semua pihak tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menimbulkan cerita kurang enak mengenai perkahwinan mereka.

“Saya memang terkejut apabila ada wartawan yang menghubungi saya bertanyakan perkara itu. Saya minta sangat-sangat, janganlah menimbulkan cerita yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");