Sukan Hari Ini

Yeop idam pungut tiga mata

yeop

PERAK berazam memungut tiga mata berharga apabila melayan kunjungan Terengganu pada aksi pusingan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini.

Ketua Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim berkata, kesebelasan anak didiknya tidak mempunyai pilihan selain menewaskan pelawat untuk kekal sebagai pendahulu kumpulan B dan seterusnya mencerahkan peluang ke suku akhir.

Justeru menurutnya, semua pemain diingatkan untuk memberi persembahan terbaik dalam usaha merealisasikan misi berkenaan.

“Semestinya perlawanan malam ini sangat penting bagi kita  memungut tiga mata. Apatah lagi dengan kelebihan bermain di tempat sendiri.

“Semua pemain perlu bersedia untuk bermain pada prestasi terbaik bagi mengekalkan kedudukan kita. Tambahan pula Terengganu  bukannya calang-calang pasukan kerana memiliki kesebelasan pemain yang berpengalaman dalam saingan Piala Malaysia ini,” katanya.

Sementara itu,  Abu Bakar berharap agar penjaga gol, Razi Effendi Suhit dan tonggak pertahanan, Azmeer Yusoff sempat pulih daripada kecederaan dialami menjelang aksi menentang Terengganu malam ini.

Bagaimanapun katanya, seandainya dua pemain berkenaan tidak mampu pulih untuk perlawanan malam ini, pihaknya memiliki percaturan tersendiri untuk berdepan skuad Peteh Tranung Peteh itu.

“Kedudukan terkini Azmeer masih cedera dan Razi masih demam. Diharap mereka sempat pulih dan boleh diturunkan pada pertemuan penting ini,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");