Jenayah

Ziarah berdarah ke Sri Aman

meninggal

Lubok Antu: “Luluh hati sebaik melihat mayat wanita itu bersama anaknya dan saya tidak sanggup melihatnya,” kata lelaki dikenali sebagai Andy, 25, saksi kemalangan yang mengorbankan tiga beranak di Kilometer 43, Jalan Sri Aman-Sarikei, dekat Sedarat, di sini, kelmarin.

Andy berkata, ketika tiba di tempat kemalangan membabitkan Perodua Alza dan van itu, dia melihat orang ramai berusaha membantu mangsa.

“Ada yang cuba mengeluarkan mangsa tersepit namun gagal kerana keadaan kereta yang remuk teruk.

“Seorang lelaki di tempat duduk pemandu Perodua Alza kelihatan menahan kesakitan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.45 petang, tiga beranak yang maut itu ialah Bunak Meriban, 43, serta dua anak lelakinya, Hilaro Lai Ee, 20, dan Dave Bandong, 8.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");