Jenayah

22 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 22 warga asing yang bekerja di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, ditahan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kelmarin.

Serbuan ke atas premis berkenaan pada jam 11.00 malam itu, diketuai Asisten Superintendan Nasir Ismail.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 20 warga Vietnam, seorang Kemboja dan seorang warga China.

“Kesemua yang ditahan atas kesalahan bekerja tanpa permit yang sah,” katanya.

Turut ditahan, seorang warga tempatan dipercayai pengurus premis terbabit atas kesalahan menggaji pekerja tanpa permit.

Semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");