Jenayah

3,120 kotak rokok dirampas

KLUANG – Polis Kluang berjaya merampas 3,120 kotak rokok hasil serbuan di sebuah kediaman di Taman Kota Paloh, kira-kira jam 3.30 pagi, 23 September lalu.

Dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang itu, turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40an.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, serbuan adalah hasil risikan dan maklumat awam.

Menurutnya, turut dirampas pelbagai jenis rokok seludup dan kereta jenis Proton Exora serta Hyundai Accent yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan.

“Lelaki berkenaan didapati telah menyeludup rokok dari daerah lain dan kemudiannya menjual kepada pemilik kedai runcit di daerah ini.

“Suspek dipercayai baharu berjinak-jinak dalam perniagaan seludup rokok kerana tiada rekod lampau diperoleh,” katanya pada sidang media di IPD Kluang, semalam.

Mohd Roze berkata, siasatan turut mendapati suspek menjadikan rumah yang diserbu sebagai tempat penyimpanan rokok seludup sebelum diedarkan kepada peniaga kedai runcit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan suspek masih disiasat untuk mengenal pasti sama ada rakan lain terlibat dalam kes penyeludupan rokok.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");