Jenayah

46 remaja ditahan dalam pesta liar positif dadah

KUALA LUMPUR – Keghairahan 96 remaja berpesta liar di sebuah kondominium di Jalan Kassipillay di sini, semalam, berakhir dengan 46 daripada mereka ditahan polis selepas didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, serbuan pada kira-kira jam 5 pagi itu mendapati semua pengunjung berusia 18 hingga 22 tahun terdiri daripada 78 lelaki dan 18 wanita sedang berhibur.

“Hasil saringan air kencing, kita dapati 37 lelaki dan sembilan perempuan yang berada di premis tersebut positif dadah jenis ganja dan methamphetamine,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati remaja berkenaan menyewa apartmen tersebut dengan bayaran RM390 sehari.

“Tindakan mereka ini menyebabkan orang awam berasa curiga sebelum memaklumkan kepada pihak polis yang seterusnya membuat serbuan,” katanya.

Kesemua remaja yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk tindakan lanjut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");