Sukan Hari Ini

Affendi tekad gegar Jepun

affendi 1

MOHD Affendi Rosli berazam untuk bangkit memadam prestasi tidak menentu pada musim ini sebaik turun beraksi dalam kategori Underbone 130cc pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun pada 5 hingga 7 September ini.

Pelumba Petronas Hong Leong Yamaha itu memulakan saingan musim 2014 dengan cemerlang apabila muncul naib juara Perlumbaan 2 pada pusingan pembukaan di Litar Sepang namun sekadar menamatkan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-10 pada pusingan berikutnya di Sentul, Indonesia setelah gagal menamatkan Perlumbaan 1 sebelum itu.

Prestasi di Autopolis, Ogos lalu juga tidak begitu baik apabila Affendi sekadar menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan kesembilan dan ketujuh pada Perlumbaan 2.

“Perlumbaan minggu ini diharapkan dapat membawa nasib berbeza kepada saya. Selepas kecewa pada dua perlumbaan lepas, saya perlu bangkit di Suzuka. Litar ini merupakan antara litar yang saya gemari, bukan hanya saya pernah memenangi perlumbaan di sini, sebaliknya kerana bentuk litar itu sendiri.

“Litar Suzuka mempunyai banyak selekoh dan ia dapat memberikan kelebihan kepada pelumba Malaysia kerana selalunya kami mempunyai kekurangan di laluan lurus berbanding pelumba Indonesia.

“Kemenangan pada minggu ini amat penting untuk saya kekal dalam kelompok terbaik mengejar takhta keseluruhan pada musim ini,” jelas Affendi yang kini berada di tangga kelima dalam senarai keseluruhan dengan 55 mata.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");