Sukan Hari Ini

Afif berjaya tawan Teluk Intan

AHMAD Afif Amran meraih kemenangan kedua kategori CP130 pada musim ini setelah berjaya menaklukkan perlumbaan akhir di litar Teluk Intan, Perak pada saingan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, semalam.

Setelah ketinggalan di kedudukan kedua sehingga ke pusingan terakhir, peluang pelumba Petronas Yamaha-AHM itu hadir pada selekoh terakhir apabila Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang mendahului perlumbaan melakukan kesilapan ketika membuat pertukaran gear untuk melepasi selekoh pusingan-U sekali gus membuka ruang buat Afif untuk memintas dan seterusnya memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’58.225s.

Zaqhwan terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan masa 16’59.105s manakala Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di tempat ketiga dengan masa 17’05.236s.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");