Membawang Hari Ini

Ario Bayu Diktirik Gagal Bawa Watak Presiden Indonesia

PETALING JAYA: Kritikan peminat filem di Indonesia mengenai keupayaan pelakon Ario Bayu yang dikatakan gagal membawa watak bekas Presiden republik negara itu, Soekarno dalam biografi Soekarno:Indonesia Merdeka tidak membuatkan dia berasa hati.

Ario, 29, turut pelik mengapa wataknya dipertikaikan hanya disebabkan dia tidak berada pada zaman pemerintahan presiden itu selain membesar di luar negara.

“Setiap perkara kita belajar benda baru dalam kehidupan kita. Apa yang membuatkan mereka menilai saya tidak patriotik hanya kerana saya kurang memahami sejarah Soekarno?

“Saya membesar di New Zealand selama sebelas tahun pun mereka pertikaikannya. Apa-apa pun saya tidak pernah hairan dengan isu tersebut, yang penting saya berjaya membawakan watak itu dengan baik,” katanya.

Ario ditemui pada sesi temubual khas bersama aktres Maudy Korsnaedy di pawagam TGV One Utama di sini pada Isnin.

Dalam pada itu Ario berkata, ketika isu itu berbangkit pada tahun lalu, dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan kepada media Indonesia dan ini merupakan kali pertama dia memberikan kenyataan berhubung perkara itu.

Sementara itu mengenai filem berkenaan, Ario berkata dia telah membuat kajian selama tiga minggu sebelum penggambaran bermula awal tahun lalu.

“Saya banyak membaca buku, menonton visual serta membuat kaji selidik tentang Soekarno.

“Ada formula yang saya buat sendiri dalam menjiwai apa-apa watak. Dan tidak sangka, dalam tempoh pendek itu saya mampu mengenalinya dengan mendalam.

“Tetapi bukan mudah juga mahu menjiwai watak ini,” ujarnya.

Soekarno:Indonesia Merdeka yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo bakal ditayangkan pada 2 Oktober ini di pawagam seluruh negara. Filem itu sudahpun ditayangkan di Indonesia pada tahun lalu.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");