Sukan Hari Ini

Arsenal sedia rekrut Remy

loic remy

ARSENAL dilaporkan bersedia meningkatkan bidaan bagi membawa masuk penyerang QPR, Loic Remy pada saat akhir jendela perpindahan pemain.

Remy yang tidak beraksi ketika QPR berdepan Sunderland Sabtu lalu, kini semakin hampir menyertai Chelsea meskipun perkara tersebut disangkal pengendali The Hoops, Harry Redknapp.

Namun, jika The Gunners berjaya mengaktifkan klausa pelepasan kontrak bernilai £10.5 juta (RM54.9 juta), penyerang antarabangsa Perancis itu berkemungkinan beraksi di Stadium Emirates.

Difahamkan, pada awal musim panas ini, Remy gagal melepasi ujian perubatan di Liverpool.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");