Jenayah

ATM digodam: Akaun pelanggan tidak terjejas – Bank

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd hari ini memberi jaminan kepada pelanggan bahawa akaun mereka tidak terjejas susulan kejadian kecurian wang tunai daripada enam mesin juruwang automatik (ATM) baru-baru ini.

Bank-bank itu menyatakan sementara menunggu hasil siasatan polis, mereka telah melaksanakan langkah kawalan tambahan di semua ATM di cawangan-cawangan dan di lokasi luar daripada bank.

“Kami memantau situasi tersebut untuk memastikan pelanggan kami terus dapat melaksanakan perbankan mereka dengan selamat,” menurut Affin Bank dan Affin Islamic dalam kenyataan bersama.

Kelmarin, enam ATM milik kedua-dua bank berkenaan digodam, menyebabkan RM1.271 juta dicuri.

ATM yang terjejas itu terletak di empat cawangan di wilayah selatan dan dua cawangan di Selangor.

– BERNAMA/foto berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");