Jenayah

ATM Digodam: Tiada Akaun Pelanggan Dikompromi – ABM

KUALA LUMPUR: Tiada baki akaun pelanggan yang dikompromi dalam kebimbangan mesin juruwang automatik (ATM) di Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam digodam pada hujung minggu lalu, kata Persatuan Bank Malaysia (ABM).

Pengarah eksekutif, Chuah Mei Lin berkata ahlinya kini meningkatkan usaha keselamatan untuk melindungi data pelanggan, ekoran laporan ATM di 14 cawangan bank di Selangor, Johor dan Melaka digodam oleh kumpulan dari Amerika Latin, yang mencuri lebih RM3 juta dalam hanya tempoh dua hari.

“Persatuan Bank-Bank di Malaysia ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bank-bank anggota kami bersama rangkaian ATM sedang bekerjasama erat dengan pihak berkuasa yang berkaitan berhubung dengan kes rompakan ATM baru-baru ini.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi kami di hotline ABMConnect dengan mendail 1-300-88-9980 atau menghantar e-mel kepada kami di eABMConnect dengan masuk ke laman web kami, www.abm.org.my,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Dalam perkembangan terbaharu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene memberitahu Bernama bahawa suspek menggunakan virus dikenali sebagai ‘ulssm.exe..’ untuk mengeluarkan wang.

“Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan ‘reboot’ sistem mesin ATM berkenaan,” katanya kepada Bernama, Isnin.

Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Menurut beliau, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.

Sebuah pasukan khas yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bukit Aman dan kontinjen negeri telah dikerahkan di bawah Ops Godam ATM.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");