Sukan Hari Ini

Balotelli sindir kekalahan United

GELARAN pemain nakal sewajarnya diberikan kepada penyerang sensasi Liverpool, Mario Balotelli.

Ini kerana, Balotelli kembali menarik perhatian ramai dengan membuat kenyataan di Twitternya dengan menyindir kekalahan memalukan Manchester United, 5-3, ke atas Leicester City.

Balotelli memuat naik: “Man Utd … LOL”.

Tindakannya itu bagaimanapun mendapat kecaman daripada penyokong United termasuk serangan balas yang berbaur perkauman.

Dikhabarkan, polis sedang memburu individu yang melakukan serangan berbaur perkauman tersebut.

Sebelum ini, penyerang Manchester City, Edin Dzeko menulis di Twitternya; “Hahaha”, yang diyakini ditujukan ke United selepas mereka dimalukan MK Dons, 0-4, dalam saingan Piala Liga, baru-baru ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");