Sukan Hari Ini

Belum setanding Henry

KEHADIRAN penyerang England, Danny Welbeck ke Arsenal dinilai mampu menjadi sehebat pemain legenda The Gunners, Thierry Henry.

Namun pengendali Arsenal, Arsene Wenger menjelaskan, penyerang baharu yang dibeli dari Manchester United itu masih memerlukan waktu yang panjang untuk berada setaraf dengan Henry.

“Dia memerlukan waktu. Setakat ini, dia mempunyai potensi yang menarik dan kita lihat bagaimana dia berkembang selepas ini.

“Bagus sekiranya dia mahu menjadi sehebat Henry dan saya tidak menghalang perbandingan itu nanti,” katanya.

Welbeck tidak menunggu lama untuk merekodkan namanya selaku penjaring Gunners dengan merekodkan satu gol bagi membantu kemenangan pasukannya, 3-0, menentang Aston Villa, Sabtu lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");