Berita Hari Ini

Bersatu tingkat daya saing Malaysia

mustapa 1

KUALA LUMPUR – Usaha untuk meningkatkan daya saing negara memerlukan usaha dan komitmen bersepadu sektor awam dan swasta, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian itu hari ini, Mustapa berkata, usaha sama sektor awam-swasta yang sudah lama terjalin, akan diperkukuh bagi memastikan momentum tinggi yang berterusan untuk merealisasikan status negara maju.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan kejayaan pelaksanaan Dasar Transformasi Negara yang meliputi program-program transformasi kerajaan dan ekonomi.

“Komitmen ini bukan sahaja bermanfaat untuk memudahkan cara menjalankan perniagaan, malah turut meliputi sektor swasta supaya meningkatkan usaha untuk melabur dalam teknologi dan melakukan inovasi secara berterusan,” katana.

Malaysia meneruskan trend peningkatannya dengan menduduki senarai 20 ekonomi paling kompetitif.

Laporan Daya Saing Global 2014-2015 Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyenaraikan Malaysia di tempat ke-20 daripada 144 ekonomi berbanding tempat ke-24 daripada 148 negara pada tahun lepas.

Berdasarkan prestasi itu, Malaysia (20) medahului negara maju seperti Austria (21), Australia (22), Perancis (23), Ireland (25) dan Korea Selatan(26h).

Antara negara di Asia Pasifik, Malaysia meningkat ke tangga keenam daripada 28 negara daripada tempat ketujuh pada 2013 selepas Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan New Zealand.

Laporan tahunan itu diterbitkan oleh WEF berasaskan kepada Indeks Daya Saing Global yang menyepadukan aspek daya saing makro dan mikro ekonomi.

Ia menggunakan 70 peratus data persepsi yang diperoleh daripada Kajian Pendapat Eksekutif sektor swasta adan 30 peratus data statistik.

Malaysia juga menduduki tempat keempat dalam Pembangunan Pasaran Kewangan yang mencerminkan usahakan untuk meletakkan negara ini sebagai pusat utama kewangan Islam dunia.

Walaupun Malaysia mencatat trend yang positif, Mustapa berkata kementerian dan agensinya, Perbadanan Produktiviti Malaysia akan terus memain peranan utama dalam menyelaraskan usaha untuk meningkatkan daya saing Malaysia.

“Ini termasuk petunjuk dalam Laporan Daya Saing Global dan laporan-laporan lain sebagai asas maklumat untuk merangka strategi daya saing,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");