Sukan Hari Ini

Blind tiba di Manchester

blind

PEMAIN pertahanan Ajax, Daley Blind telah tiba di Manchester (Sabtu) untuk menjalani ujian perubatan sebelum melengkapkan perpindahan ke Manchester United dengan yuran bernilai £13.8 juta (RM72.3 juta).

Jika Blind melepasi ujian perubatan, dia bakal menjadi pemain kelima ditandatangani United sepanjang musim panas ini selepas Ander Herrera, Luke Shaw, Marcos Rojo dan Angel di Maria.

Untuk rekod, Blind dan pengendali United, Louis van Gaal pernah bekerjasama pada kempen Piala Dunia 2014 dalam skuad kebangsaan Belanda.

Selain beraksi di posisi bek kiri, Blind juga berkebolehan bermain sebagai pemain tengah.

Bagaimanapun, ketibaan pemain berusia 24 tahun itu disambut dingin oleh legenda The Red Devils, Paul Scholes yang mempersoalkan kemampuan Blind beraksi dalam suasana bola sepak Inggeris.

“Saya tidak pasti apakah posisi paling sesuai buat Blind. Saya tahu dia pemain bek kiri, tapi ada kalanya dia bermain sebagai pemain sayap dan pemain tengah.

“Apa pun, saya fikir dia belum cukup kuat untuk beraksi sebagai pemain pertahanan di England. Saya mungkin silap, tapi kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal terjadi nanti,” kata Scholes.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");