Jenayah

Bot pukat tunda haram makin berani

PEKAN – Kelibat bot tunda penceroboh yang masih kelihatan masuk ke perairan di sini perlu diberi perhatian dan tindakan tegas harus diambil segera.

Seorang nelayan terlibat, Abdul Rashid Ali, 59, berkata, kehidupan nelayan di sini semakin terhimpit dengan masalah kehadiran ‘lanun’ yang menyekat punca rezeki mereka dan lebih malang lagi merosakkan peralatan mereka mencari rezeki.

“Nelayan telah banyak mengalami kerugian yang besar dan keadaan ini begitu mengganggu perjalanan hidup mereka yang terpaksa menanggung keperluan diri dan keluarga terutama anak-anak yang masih bersekolah.

“Kelibat bot mereka boleh dilihat pada awal pagi malah pada waktu malam mereka selesa datang mengaut hasil laut sekali gus merosakkan peralatan yang diletakkan nelayan tempatan untuk menahan ikan dan ketam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Abdul Rashid berkata, seluruh nelayan di sini amat berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas bot pukat tunda terbabit kerana kejadian ini telah maklum berlarutan sejak berpuluh tahun lalu.

“Mereka ini bukan sahaja menceroboh kawasan penduduk mencari rezeki dengan menangkap ikan secara haram di persisiran pantai malah bertindak berani cuba mengancam keselamatan nelayan tempatan.

Menurutnya, kerugian jaring dan bubu ketam yang rosak dianggarkan hampir ribuan ringgit dan kos terbabit tidak termasuk kerugian pendapatan harian mereka apabila tidak dapat turun ke laut selama kira-kira dua minggu.

“Mereka bukan sahaja menceroboh kawasan di sini dan menangkap ikan dan hasil lain secara haram di persisiran pantai malah bertindak berani dengan mengancam nyawa nelayan.

“Tindakan dalam kadar masa segera bagi mengatasi masalah ini perlu diambil ke atas penceroboh yang tidak mematuhi undang-undang kawasan perairan negara ini selain mengaut rezeki bukan milik mereka,” katanya.

Sementara itu Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 8, Kapten Maritim Mamu Said Alee ketika dihubungi memaklumkan pihaknya kini sedang menjalankan operasi khas usaha membanteras aktiviti menangkap ikan

secara haram demi menjaga pendapatan nelayan-nelayan tempatan di Zon Maritim Malaysia.

Menurutnya, Maritim amat mengalu-alukan sebarang aduan mengenai kejadian salah laku dan pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

“Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 09-5717345 atau MERS 999 untuk tindakan,” katanya.

-SInar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");