Sukan Hari Ini

City mahu kecewakan Bayern buat kali kedua

KEJAYAAN menumpaskan Bayern Munich musim lalu, menjadi pembakar semangat buat Manchester City berdepan lawan sama pada perlawanan pertama Kumpulan E, awal pagi Khamis ini.

Pada pertembungan Liga Juara-Juara musim lalu, City mengejutkan Bayern dengan kemenangan 3-2 di Allianz Arena.

Kemenangan itu melayakkan skuad Manuel Pellegrini melangkah ke peringkat 16 pasukan terakhir, sebelum hajat mereka disekat Barcelona.

Mengimbau kejayaan ke atas juara Bundesliga itu, kapten City, Vincent Kompany mahu rakan-rakannya mengulangi pencapaian tersebut sambil menegaskan mereka tidak gentar berdepan skuad bimbingan Pep Guardiola.

“Ini merupakan perlawanan pertama Liga Juara-Juara iaitu perlawanan menentang pasukan terkuat di dunia.

“Namun kami perlu yakin berdasarkan perlawanan di Munich musim lalu.

“Apa pun, kami sudah bersedia dan tidak gentar bermain di gelanggang mereka,” ujar Kompany.

Selain Bayern, musim ini The Citizens turut diundi bersama CSKA Moscow dan AS Roma.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");