Membawang Hari Ini

Hasil kreatif tempatan akan dieksport

KANDUNGAN industri kreatif negara dilihat semakin maju dan memberangsangkan termasuk melalui penggunaan teknologi terkini sehingga mampu menarik minat pemain industri luar negara.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Md Afendi Hamdan berkata fenomena ini akan membolehkan lebih banyak kandungan industri kreatif tempatan dieksport dalam masa terdekat.

“Contohnya, kewujudan Pinewood Studios di Johor, kita dapat rasakan kesan positif kepada industri apabila banyak pemain utama dari Hollywood datang untuk buat kandungan mereka di sana dan kebanyakannya memerlukan bantuan tenaga tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sempena berlangsungnya KL Converge 2014, persidangan dan pameran industri kreatif multi platform selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ia dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Finas.

Md Afendi berharap pemain industri kreatif tempatan memanfaatkan sepenuhnya segala program yang diatur menerusi KL Converge untuk mempelajari perkara baharu demi kemajuan industri kreatif negara.

“Kami ingin melihat lebih banyak idea baharu, kandungan format baharu dan kerjasama antara pemain utama industri kerana ia dapat membantu merangsangkan ekonomi negara,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");