Sukan Hari Ini

Hatrik gergasi

PILIHAN Selangor mencipta hatrik di kejohanan Piala Sultan Selangor edisi ke-13 dengan mengalahkan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ini koleksi kejuaraan kelapan dimiliki Red Giant selepas memenanginya pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012 dan 2013 serta berkongsi gelaran bersama pada 2004.

Beraksi dihadapan 70,000 penonton setia Merah Kuning, skuad kendalian Mehmet Durakovic mengamalkan corak permainan menyerang sebaik wisel dimulakan.

Menampilkan Paulo Rangel dan Andik Vermansyah menyaksikan Selangor kerap kali mengacah ke kubu pertahanan lawan namun ketangkasan penjaga gawang, Fadhil Salim menyelamatkan situasi.

Rangel hampir memecah kebuntuan namun tandukan tersasar ke sebelah kanan hasil hantaran lintang S Kunanlan m28.

Bagaimanapun, stadium gegak gempita apabila Rangel berjaya menyudahkan tendangan penalti pada m-45.

Malang menimpa Singapura terpaksa beraksi 10 pemain sejurus jaringan Rangel apabila Hafiz Abu Sujad dibuang padang kerana menerima dua kad kuning.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan mengendurkan permainan.

Kesilapan benteng Selangor menghadiahkan tendangan percuma mengundang padah apabila sepakan Leonel Felice menerjah jaring m-68 untuk menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Namun, moral pemain Selangor tidak mudah menyerah kalah dan gol dicari-cari mereka berhasil menerusi tolakan mudah Rangel m-79 untuk menewaskan Fahdil sekali gus menutup malam gemilang Merah Kuning.Sementara itu, aksi Veteran Selangor dengan Veteran
Singapura berkesudahan seri 1-1.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");