Jenayah

Hotel tawar khidmat seks diserbu

KAJANG – Sebuah hotel bajet yang menawarkan perkhidmatan seks diserbu polis Jalan Pasar Baru, Semenyih, kira-kira jam 3.30 petang, Ahad lalu.

Ketua Cawangan D7 Kajang, Inspektor Shahril Affendi Shahar berkata, dua wanita dipercayai GRO ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan.

Menurutnya, hotel yang mempunyai 15 buah bilik ini dipercayai menawarkan perkhidmatan seks hanya kepada warga asing sahaja.

“Ini berdasarkan tangkapan GRO tersebut yang juga merupakan warga India. Hotel tersebut menawarkan perkhidmatan sepanjang 24 jam dan hanya terbuka kepada pelanggan warga asing sahaja, warga tempatan tidak dibenarkan,” katanya.

Difahamkan, harga langganan adalah serendah RM50. Ini meliputi cas penginapan hotel dan harga perkhidmatan seks.

Katanya, hasil risikan selama dua minggu ini mendapati gadis ini akan menanti pelanggan di luar premis.

Setelah mendapat tempahan daripada pelanggan yang hadir di hotel, gadis ini kemudian dihantar oleh ‘runner’.

“Bagaimanapun, kita percaya masih ada saki-baki gadis pelayan pelanggan yang terlibat dalam aktiviti ini. Seorang lelaki yang merupakan pemilik hotel bersama dua pekerjanya serta tiga pelanggan warga Nepal dan Bangladesh turut ditahan.

“Sebanyak 152 keping kondom belum digunakan berserta wang tunai RM1,619 dan sebungkus plastik kondom sudah digunakan dirampas. Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 30 hingga 40-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");