Perak Hari Ini

Ibu Bapa Tidak Perlu Khuatir, Tenteramkan Emosi Anak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati ibu bapa supaya tidak berasa khuatir berhubung isu soalan bocor membabitkan beberapa subjek dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini.

Sebaliknya, ibu bapa katanya, perlu mententeramkan anak mereka kerana akan menduduki semula peperiksaan itu pada 30 September nanti.

“Jangan rasa tertekan dan ibu bapa seharusnya memberi layanan terbaik kepada anak-anak bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas sejurus merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput dan merasmikan Wisma UMNO bahagian tersebut, hari ini.

Tambahnya lagi, UPSR merupakan salah satu ujian untuk mengukur tahap pengetahuan yang diterima pelajar dan isu kebocoran beberapa kertas soalan dalam peperiksaan berkenaan katanya tidak perlu dilihat terlalu serius oleh ibu bapa.

“Jika ada yang melaporkan kepada pihak berkuasa mereka berhak berbuat demikian berkemungkinan akan ada maklum balas dan maklumat baru yang akan diperolehi selepas ini,” ulasnya lagi.

Katanya, laporan berhubung insiden berkenaan dijangka diketahui sedikit masa lagi untuk mengetahui kelemahan yang terdapat termasuklah daripada segi percetakan, sekolah atau bilik kebal simpanan yang memerlukan banyak proses untuk dilaksanakan.

“Melalui pengalaman ini, kita perlu ambil serius agar ia dapat diperketatkan lagi,” katanya.

Mengulas pula mengenai penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na’imah Ishak, tugas itu jelasnya, diambil alih oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim sementara menunggu pengarah baru dilantik.

“Kita pasti akan membincangkan soal keselamatan dan langkah perlu untuk membantu pihak polis mendapatkan maklum balas daripada mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");