Perak Hari Ini

Identiti Tersendiri Memory Lane Perlu Terus Dikekalkan

 

‘Memory Lane’ yang lebih sinonim dengan panggilan pasar karat atau Loken di kalangan wargakota merupakan lokasi wajib yang perlu dikunjungi pelancong jika berkunjung ke bandar raya Ipoh.

Tidak seperti pasar lain, Memory Lane menampilkan keunikannya tersendiri dengan menjual pelbagai barangan antik dan baru kepada para pengunjung pada setiap Ahad mulai jam 7 pagi hingga 1 petang.

Pasar yang terletak di Jalan Horley itu turut menyediakan jualan pakaian, makanan dan ubatan tradisional, setanding dengan pasar Lorong Kulit di Pulau Pinang.

Menurut salah seorang peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Shahril, keunikan Memory Lane perlu dikekalkan kerana identiti tersebut berpontensi menjadi salah satu daya tarikan pelancong melawat Perak.

PERAK TODAY3

“Memory Lane di Jalan Horley ini terkenal dengan keunikan barangan antiknya dan identiti itu perlu dikekalkan kerana mempunyai daya tarikan tersendiri dan sukar ditemui di tempat lain,” jelasnya.

Menurut peniaga barangan antik, Lim Nan Chen, minatnya mengumpul barangan antik timbul sejak dari zaman remaja lagi.

Kini, minat itu katanya telah bertukar sebagai kerjaya sepenuh masa apabila membuka perniagaan menjual barangan antik di Memory Lane.

“Pada mulanya, ia sekadar hobi tetapi lama-kelamaan ia menjadi perniagaan selepas saya pencen,” katanya lagi.

Jelasnya, pasar Loken ini terkenal sejak dahulu lagi berikutan keunikan barangan antik yang dijual dengan harga yang cukup berpatutan.

Rata-rata pengunjung yang ditemui pula berpendapat Pasar Karat ini adalah salah satu destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi apabila berkunjung ke Perak.

PERAK TODAY7

Menurut Sakinah Ibrahim, keunikan Memory Lane jelas terbukti apabila lokasi itu dipenuhi pengunjung yang mewakili pelbagai masyarakat dan lapisan umur.

“Setiap pagi Ahad, kawasan ini pastinya padat dengan kehadiran pengunjung yang ingin meninjau keunikan barangan antik yang dijual,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung yang selesa dikenali sebagai Abang Aman, berkata pasar Loken adalah lokasi terbaik mencari barangan terpakai dengan harga yang cukup berpatutan.

“Macam-macam benda lama dan baru boleh didapati di sini dan mungkin sebab itu Loken ditukar nama kepada Memory Lane kerana banyak barang nolstagia boleh dijumpai di sini,” katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");