Perak Hari Ini

Ipoh Youth: Weekend At The Park Program Santai Khusus Buat Golongan Belia

Ipoh Youth: Weekend At The Park yang dijadual berlangsung pada 27 September ini bakal memberi peluang kepada golongan belia khususnya di Ipoh menyertai pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik dalam suasana yang santai.

Program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh House of Music Entrepreneur (H.O.M.E) itu akan diadakan di Koloni Karyaman Amanjaya (P.O.R.T) dengan menyediakan pengisian padat seperti persembahan muzik, kesenian dan perniagaan, pertujukan demonstrasi sukan lasak serta pertandingan papan luncur (extreme skateComp) buat pengunjung yang hadir.

Menurut Pegawai Khas kepada Exco Belia, Sukan Komunikasi dan Multimedia negeri, Muhamad Iqbal Jamaludin, program tersebut bertujuan memberi peluang dan ruang kepada golongan belia untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang muzik, seni dan sukan lasak.

PERAK TODAY 4

“Tujuan lain program ini dianjurkan ialah mempromosikan pelancongan budaya, khazanah dan kesenian yang terdapat di bandaraya Ipoh,” katanya yang mewakili Datuk Shahrul Zaman Yahya pada sidang media di Ipoh, hari ini.

Katanya lagi, kutipan derma bagi rakyat Palestin juga diadakan sebelum disalurkan kepada Pertubuhan Aqsa Syarif.

Ipoh Youth: Weekend At The Park yang berkonsepkan santai di taman turut mensasarkan kunjungan lebih 5,000 pengunjung yang dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 11.30 malam.

Antara 15 artis dan kumpulan yang bakal membuat persembahan adalah Noh Salleh, Bunkface, Bittersweet, Liyana Fizi, Couple, Bloodmary dan OTO Band.

Turut serta gerai jualan pelbagai barangan tempatan seperti Macbeth, Obliq, O’oi Comrades, Amikerband, Cufica dan Bonecollectostore.

Sementara itu, artis yang bakal menjayakan program berkenaan, Noh berkata, pihaknya dijemput untuk memeriahkan program tersebut.

“Kehadiran saya sekadar pengisian sampingan kerana tujuan utama penganjuran program ini adalah lebih bersifat pembelajaran bukannya bersifat hiburan,” katanya.

PERAK TODAY 1

Jelasnya lagi, fokus dan konteks sebenar penganjuran Ipoh Youth: Weekend At The Park lebih kepada memberi ruang dan peluang kepada belia untuk berniaga dan mempromosikan bakat yang terpendam.

Noh yang sedang kini giat mempromosikan projek solonya akan memperkenalkan lagu terbarunya berjudul ‘Angin Kencang’ untuk halwa telinga pengunjung, Sabtu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");