Perak Hari Ini

IPU Di Perak Catat Bacaan Sederhana Setakat Jam 10 Pagi

Sehingga jam 10 pagi tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua stesen pemantauan kualiti udara di Perak menunjukkan bacaan sederhana.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, IPU di Seri Manjung merekodkan bacaan 73, Tanjung Malim (64); Jalan Pegoh, Ipoh (73); Jalan Tasek, Ipoh (67) dan Taiping (78).

Sebelum itu, pada jam 6 pagi, IPU di Seri Manjung mencatatkan bacaan 74, Tanjung Malim (67); Jalan Pegoh, Ipoh (78); Jalan Tasek, Ipoh (70) dan Taiping (79).

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya).

jerebu

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mengalami rasa gatal-gatal atau iritasi di bahagian hidung, kerongkong dan kulit.

Orang ramai juga diminta bekerjasama tidak membuat pembakaran terbuka serta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian kecemasan 999 atau Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Bilik Kawalan JAS Perak di talian 05-2542744.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");