Membawang Hari Ini

Jadi lelaki buta

Kehadiran pelakon tampan ini jelas disenangi. Selain raut wajah menarik, bakatnya juga tidak mengecewakan.

Meledak menerusi drama bersiri Ariana Rose, nama Hisyam Hamid, 29, terus menjadi bualan berikutan aksi cemerlangnya menjayakan watak Harith.

Apapun, pelakon kelahiran Singapura itu turut tidak terlepas disamakan dengan Aaron Aziz kerana mereka berasal dari negara yang sama.

Ada yang beranggapan kehadirannya bakal mengugat pelakon filem Ombak Rindu itu tidak kurang melihatnya berada di kedudukan tersendiri.

Hisyam sendiri sudah lali dengan soalan sebegitu, namun dia sebenarnya teruja jika dibandingkan dengan Aaron.

Baginya, itu bukan isu besar, apa lagi Aaron sendiri seorang contoh terbaik pelakon berjaya di negara ini.

“Sebenarnya, saya teruja apabila dibandingkan de–ngan Aaron kerana dia pun adalah pelakon yang sangat bagus. Dia umpama idola semua orang berikutan kejayaannya di Malaysia,” katanya.

Ditanya adakah dia berhadapan tekanan apabila peminat di Singapura mahu melihat dia melakar kejayaan seperti Aaron, Hisyam mengakui tekanan itu memang ada, tetapi mengambil positif dan mahu berusaha lebih keras.

“Memang dia (Aaron) sudah berada di tahap tersendiri, namun bagi saya itu bukan isu yang perlu saya jadikan tekanan kepada diri sendiri. Saya percaya masing-masing ada rezeki dan kekuatan tersendiri dalam bidang ini.

“Untuk diri saya sendiri pun, tentu ada sesuatu yang orang nampak sekiranya mereka mengambil saya bekerja untuk mereka,” katanya.

Bakal terbabit dalam telenovela sulung berjudul Kenangan Cinta terbitan Global Station Sdn Bhd (GSSB) tidak lama lagi, Hi–syam mengakui seronok apabila dapat diberikan watak yang cukup warna-warni dalam siri berkenaan.

Melakonkan watak Teng–ku Ryan, dia bakal berhadapan cabaran besar apabila karakternya menuntut dia me–nyelami perasaan orang buta.

“Saya akan melakonkan watak seorang lelaki yang cukup serba-serbi daripada segi kehidupan dan kerjaya, namun nasibnya tidak seindah orang lain. Tengku Ryan berhadapan cabaran terbesar dalam hidup selepas dia menjadi buta akibat satu kemalangan sehari sebelum dia sepatutnya berkahwin.

“Banyak juga kajian perlu saya buat sebelum menyelami watak ini. Ini kerana dia bukan buta sejak lahir sebaliknya buta secara tiba-tiba. Pastinya situasi itu lebih berbeza dan saya kena betul-betul memahami perasaan orang yang berhadapan situasi begitu,” katanya.

Sementara itu, Hisyam yang masih berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur ditemani isterinya Mel merancang untuk membawa anak-anaknya ke sini tahun depan bagi memfokuskan kepada kerjaya di sini.

Kini, anaknya masih dijaga ibunya di Singapura.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");