Sukan Hari Ini

Jazeman sekadar di tempat kelima

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar mempamerkan aksi bertenaga apabila menamatkan saingan di kedudukan kelima pada pusingan kelapan Siri Formula 3.5 Renault yang berlangsung di Litar Paul Ricard, Perancis, semalam.

Beraksi bersama pasukan ISR Racing, Jazeman bagaimanapun kurang bernasib baik pada perlumbaan pertama yang berlangsung pada hari Sabtu apabila terpaksa menamatkan saingan lebih awal setelah gagal mengawal jentera dan terbabas ketika bersaing memasuki selekoh pertama perlumbaan.

“Perlumbaan minggu ini agak sukar. Namun mujurlah saya berjaya bangkit dan berada di barisan depan serta menamatkan saingan di tempat kelima dalam perlumbaan kedua,” katanya.

Perlumbaan terakhir Formula Renault 3.5 akan berlangsung di Jerez pada 17 hingga 19 Oktober depan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");