Berita Hari Ini

Kerajaan kaji penubuhan Bank Perumahan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meneliti cadangan untuk menubuhkan Bank Perumahan bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata pihaknya juga akan mengkaji cadangan supaya syarikat pinjaman wang berlesen yang berdaftar di bawah kementerian memberikan pinjaman kepada golongan itu membeli rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Katanya, golongan berkenaan sering berhadapan kekangan dalam mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank komersial berikutan syarat ketat yang dikenakan Bank Negara Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT Ke-68) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perdana Putra di sini, hari ini.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");