Perak Hari Ini

Kerajaan Perkenal Inventori Khusus Kesan Tanah Pertanian Terbiar

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang giat mengesan tanah pertanian terbiar yang dianggarkan bernilai lebih RM7 bilion di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Arif Ab Rahman, berkata penilaian inventori terhadap tanah-tanah kosong yang tidak diusahakan itu dijangka selesai menjelang Oktober nanti.

Jelasnya lagi, penyediaan inventori atau pegawai aset di setiap jabatan diperlukan bagi memperincikan tanah-tanah untuk tujuan pertanian.

“Tanah-tanah di bawah kelolaan negeri hanya digazetkan sebagai tanah pertanian dan tidak mempunyai geran khusus berkenaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak di Ipoh, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Tambah beliau lagi, penekanan memerangi ‘orang tengah’ sentiasa menjadi agenda penting kementerian dengan memperkenalkan kokurikulum berkaitan pertanian di setiap sekolah.

“Kesemua jabatan turut serta dan memilih sekolah terpilih untuk mengaplikasi kokurikulum berkenaan serta pihak Jabatan Pertanian akan menghantar pihak teknikalnya untuk memberi pendedahan dan bantuan kepada pihak sekolah,” ulasnya.

Jelasnya lagi, pendekatan ini berpotensi untuk mendidik dan memupuk generasi muda untuk meminati bidang pertanian.

Sementara itu, sebuah kilang padi akan dibina di Bagan Serai dengan kos RM5 juta.

“Kerajaan akan meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membina sebuah kilang padi di Bagan Serai kelak,” katanya.

Jelas Mohd Arif lagi, perbincangan bersama AGRO Bank juga turut dijalankan bagi membuka cawangan bank berkenaan di wisma baharu di Greentown Ipoh menjelang hujung tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");