Jenayah

Kes UPSR: Dua lagi guru direman 4 hari

PUTRAJAYA – Polis hari ini memperoleh perintah daripada mahkamah untuk mereman dua lagi guru selama empat hari bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu terhadap dua guru itu yang berumur 48 dan 51 tahun yang ditahan di Kedah semalam, bagi siasatan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Setakat ini 14 orang telah disiasat berhubung kes kebocoran itu, 12 daripada mereka merupakan guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");