Sukan Hari Ini

Kim Swee belum dapat petunjuk

KEMENANGAN ke atas Laos masih belum dianggap sebagai bekalan selesa menghadapi pasukan dari Asia Barat, Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan A Sukan Asia Incheon Korea Selatan, Ahad ini.

Menurut pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee, anak buahnya perlu menggandakan usaha.

“Kita tak bokeh melihat kemenangan lalu sebagai petunjuk untuk perlawanan akan datang. Kita perlu kerja keras dan paling penting sekarang pemain berada di landasan tepat bertemu Arab Saudi.

“Pemain juga bermain terlalu santai selepas mendahului lawan, tapi mereka kembali menuruti arahan untuk menambah jaringan,” katanya akui tidak gembira dengan kelebihan satu gol pada babak pertama.

Menurut Kim Swee, Malaysia wajib menewaskan Arab Saudi untuk mengiringi pasukan tuan rumah, Korea Selatan yang sudah layak ke peringkat suku akhir.

Untuk rekod, pasukan negara berkongsi tiga mata namun menghuni tangga ketiga menerusi perbezaan gol.

Pada pertemuan kelmarin, Kim Swee tidak menyenaraikan penjaga gawang utama, Mohd Izham Tarmizi dan pemain tengah Junior Eldstal namun memberi kepercayaan kepada Aidil Zafuan Abdul Radzak mengemudi barisan pertahanan.

“Perancangan saya adalah memilih pemain yang pada tahap terbaik dan sedia untuk berdepan dengan Arab Saudi. Saya fikir, kami di laluan tepat (mencipta kemenangan kedua berturut-turut),” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");