Jenayah

Kubur Islam, Kristian bercampur?

Nor Hisham menunjukkan lokasi tanah perkuburan Kristian di Batu Arang yang turut mengebumikan penganut beragama Islam:-

RAWANG – Sebuah tanah perkuburan Kristian di Batu Arang di sini didakwa turut mengebumikan jenazah beragama Islam selepas berlakunya sindiket dipercayai menjual tapak kepada waris si mati.

Aduan berkenaan hal ini dibuat oleh sebuah NGO yang kemudiannya membuat laporan polis.

Mereka mendakwa, harga sepetak yang dikenakan adalah RM5,000 yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing beragama Islam.

Semalam, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan meninjau kawasan tersebut dan mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, terdapat dakwaan tanah berkenaan telah digazet sebagai tanah perkuburan bukan Islam, tetapi selepas disemak, ia masih berstatus milik kerajaan.

“Memang berlaku tanah perkuburan Kristian bercampur dengan Islam dan terbaru pada 14 September lalu, melibatkan pengebumian seorang warga Nigeria yang beragama Islam.

“Dipercayai lebih 30 orang warga asing beragama Islam telah dikebumikan di situ termasuklah dari Indonesia, Myanmar dan Vietnam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, satu mesyuarat telah diatur Isnin ini dengan memanggil agensi berkaitan termasuklah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk bincang perkara itu.

“Menjadi persoalan siapakah pihak bertanggungjawab membenarkan jenazah bukan warga Malaysia dikebumikan di sini.

“Kita tiada maklumat sejak bila aktiviti tersebut dijalankan, namun perbincangan menjurus kepada langkah seterusnya melibatkan jenazah yang telah disemadi,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");