Jenayah

Lelaki Vietnam maut ditikam

GEORGETOWN – Seorang lelaki warga Vietnam ditemui mati berlumuran darah di persimpangan lampu isyarat Jalan CY Choy dan Gat Lebuh Macallum di sini malam kelmarin dipercayai ditikam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Nguyen Van Phuong, 41, dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah pasaraya sebelum ditikam suspek.

Difahamkan, mangsa berlari menyelamatkan diri bagaimanapun rebah di persimpangan berkenaan dan disahkan mati ditempat kejadian.

Menurut sumber, mangsa mempunyai dokumen perjalanan diri dipercayai bekerja di bahagaian buah-buahan berikutan penemuan pisau di dalam poket seluarnya termasuk menemui dua biji buah epal di sisinya.

Ketua Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, hasil maklumat awal yang diperoleh daripada orang awam memaklumkan mangsa dilihat berlari menyelamatkan diri daripada dikejar.

Mazlan berkata, pemeriksaan polis terhadap mangsa juga mendapati hanya satu kesan tikaman di rusuk kirinya yang menyebabkan mangsa maut.

“Polis masih menjalankan siasatan mengenai motif sebenar kejadian termasuk identiti suspek yang belum dikenalpasti bangsa.

“Kita juga ada menemui sebuah basikal berdekatan mangsa namun kita masih meneruskan siasatan bagaimaan kejadian itu berlaku,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mazlan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");