Sukan Hari Ini

Lupakan Rio!

Incheon: Datuk Lee Chong Wei (gambar) berdepan detik lebih sukar dalam usahanya memburu kegemilangan pada Kejohanan Dunia tahun depan dan Sukan Olimpik Rio 2016.

Selepas gagal pada temasya Sukan Asia Incheon dengan sekadar meraih pingat gangsa perseorangan lelaki, Chong Wei perlu bekerja lebih keras mengekalkan kecergasan dan prestasinya dalam persiapan ke Rio.

Bagaimanapun, jurulatihnya Tey Seu Bock tetap yakin anak didiknya itu mampu mempertahankan kedudukannya dalam kelompok lima terbaik dunia bagi tempoh dua tahun akan datang sekalipun sedar persembahannya perlu diperbaiki.

“Dua tahun satu jangka masa yang panjang dan banyak perkara boleh berlaku dalam tempoh itu,” jelas Seu Bock selepas kekalahan Chong Wei di tangan Lin Dan pada separuh akhir di Incheon.

“Daripada apa yang saya lihat pada Sukan Asia di sini, Chong Wei berdepan kesukaran di Rio kerana Lin Dan mungkin masih bermain.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");