Sukan Hari Ini

‘Maafkan saya’

Manchester: Kapten Manchester United Wayne Rooney (gambar) memohon maaf kepada semua rakan sepasukannya selepas dia dibuang padang ketika menentang West Ham United dalam saingan Liga Perdana, Sabtu lalu susulan terjahan keras ke atas Stewart Downing.

“Ia mungkin keputusan yang tepat,” kata Rooney seperti yang dilaporkan laman web BBC. “Sudah pasti saya perlu memohon maaf.” Rooney yang berkata tidak akan merayu terhadap keputusan berkenaan, tidak dapat diturunkan menjelang pertemuan setempat pada 2 November menentang Manchester City dengan dia kini menjalani penggantungan tiga perlawanan selepas insiden terbabit.

Kekasaran yang dilakukan Rooney dianggap sebagai ‘gila dan tidak bertanggungjawab’ oleh pengurus West Ham Sam Allardyce manakala pengurus Manchester United Louis van Gaal pula mempertahankan keputusan pengadil Lee Mason.

“Saya melihat pemain West Ham mahu melakukan serangan balas dan saya cuba untuk menghentikan rentak mereka namun tersilap pertimbangan,” kata Rooney.

“Saya lega dan gembira apabila rakan sepasukan mampu mempertahankan kelebihan satu gol yang kami peroleh.” Pasukan diwakili Rooney melakar kemenangan 2-1 walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain ketika saingan masih berbaki 30 minit. – Reuters

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");