Jenayah

Maut elak komponen lori tercabut

KULIM – Seorang lelaki berusia 23 tahun dipercayai dalam perjalanan balik ke rumahnya di Taman Nesa Sungai Terap, Selama Perak selepas bekerja maut setelah terlibat dalam kemalangan di Batu 10 Terap, Jalan Kulim ke Serdang kira-kira jam 8 pagi.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 berada di belakang lori yang berada di hadapannya.

Tiba-tiba salah satu komponen lori (grandshap) tercabut dan dipercayai terpelanting ke arah mangsa.

Mangsa yang gagal mengelak terbabas di tengah jalan sebelum digilis kereta dipercayai datang dari arah sama.

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan maut di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad mengesahkan mengenai kejadian.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan maut.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");