Jenayah

Mayat lelaki terapung dalam Sungai Kulim

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam Sungai Kulim di Guar Perahu, di sini pagi semalam.

Ia dikesan orang ramai yang melalui jalan berhampiran sungai itu.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya dijumpai terapung dan dipercayai dihanyutkan arus deras pada jam 8.46 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asistan Komisioner Rusli Mohd Noor percaya mayat itu dihanyutkan air sungai ketika hujan lebat.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

“Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri di badan mangsa menyebabkan identitinya sukar dikenalpasti,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");