Berita Hari Ini

Nelayan, petani tetap dapat perhatian utama kerajaan – Muhyiddin

TUMPAT: Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan nelayan dan petani agar golongan itu dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha berterusan untuk membantu golongan berkenaan adalah kerana kerajaan sedar dan mengiktiraf peranan nelayan dan petani yang juga antara golongan rakyat yang menjana ekonomi negara.

“Kerana mereka inilah yang menghasilkan sumber makanan kepada negara. Sebab itu Kerajaan Persekutuan sentiasa membincangkan bagaimana untuk terus membantu mereka.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sesuatu dengan nelayan setempat pada Program Pemimpin Bersama Nelayan sempena penyampaian elaun sara hidup di Dewan MRSM, Tumpat, hari ini. – Foto Khairull Azry Bidin

“Kaum nelayan umpamanya senantiasa kita beri keutamaan seperti subsidi minyak dan pelbagai elaun lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Nelayan sempena Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan di Maktab Rendah Sains Mara di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

Lebih 500 nelayan di sekitar daerah ini hadir pada majlis itu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");