Isu Panas

Nik Nazmi: Khalid setuju Anwar ganti beliau

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini pernah bersetuju sekiranya kerusi disandangnya digantikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika reformasi Langkah Kajang.

Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, memandangkan kemaraan Anwar dihalang mahkamah maka posisinya ditukar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Pada mulanya Langkah Kajang, Abdul Khalid hanya setuju jika posisinya digantikan oleh Anwar namun atas kekangan mahkamah beliau terima calon gantian, Dr Wan Azizah.

“Bagi saya kita tahu yang nak bertanding memang Anwar di Kajang untuk proses permulaan peralihan kuasa,” katanya ketika Wacana Sinar Harian: Kerusi Panas Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.

Jelas Nik Nazmi, Langkah Kajang yang diusahakan PKR adalah bertujuan untuk menyingkirkan Abdul Khalid supaya menteri besar itu berundur secara sukarela.

“Pada waktu itu dalam usaha kita kenapa perlu Langkah Kajang kita nak yakinkan Abdul Khalid untuk melepaskan jawatannya dan hanya kepada Anwar.

“Beliau setuju pada waktu itu (kalau Anwar nak ganti jadi MB),” katanya.

Nik Nazmi berkata, PKR kemudian sebulat suara meletakkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Anwar di Dun Kajang setelah mahkamah mengumumkan keputusan kes liwat II Ketua Pembangkang itu.

Menyentuh pergolakan pertukaran menteri besar, Nik Nazmi menyatakan bahawa istana tidak pernah menolak pencalonan Wan Azizah namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta lebih daripada dua nama calon lain.

Malah menurutnya pengalaman Wan Azizah yang dilihatnya sebagai peneraju PKR sejak 1998 adalah bukti beliau mampu menerajui negeri ini sekali gus menggantikan Abdul Khalid.

“Istana tidak menolak Wan Azizah malah tidak ada kenyataan dan mana- mana keputusan itu yang fakta perlu dijelaskan.Hanya mintak nama lagi. Soal siapa suami dia hakikat yang sudah diketahui umum.

“Wan Azizah kedudukannya sebagai Presiden parti, bukan masuk politik dan berjaya membentuk PKR sejak 1998.Bukan keupayaan yang mudah, sehingga 2006 waktu itu Anwar Ibrahim masih di penjara Sungai Buloh,”katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");