Perak Hari Ini

PBT Perlu Buat Kerja Pembersihan Secara Kerap, Berjadual: Orang Ramai

Oleh Norsadrina Ismail/Foto: Ahmad Amirul Hakim Ahmad Zulkifli:-

Wargakota Ipoh khususnya menggesa agar pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan kerja pembersihan secara kerap dan berjadual di tapak pembuangan sampah haram dan premis kosong yang dikenalpasti sebagai antara kawasan utama pembiakan nyamuk Aedes.

Rata-rata mereka berpendapat tindakan itu perlu bagi membanteras penularan wabak denggi yang merekodkan peningkatan 217 peratus atau 2,506 kes demam denggi bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Sebanyak 3,657 kes demam denggi dilaporkan bagi tempoh itu berbanding 1,151 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

sampah3

Tinjauan Peraktoday.com.my di beberapa lokasi sekitar Ipoh mendapati masih terdapat tempat pelupusan sampah haram yang belum dibersihkan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kelihatan longgokan sampah-sarap berselerakan di bahu jalan dan tepi longkang seperti di Kampung Tersusun Batu 5, dekat Tambun dan Jalan Perpaduan Selatan.

Selain itu, terdapat juga beberapa buah premis kosong yang terbiar dan ditumbuhi semak-samun yang dikhuariti menjadi habitat kepada haiwan berbisa seperti ular.

rumah

Pekerja swasta, Mohd Saleh Razali, 32, berkata tanggungjawab membasmi wabak denggi perlu dipikul oleh semua pihak dan bukannya bergantung kepada pihak berwajib semata-mata.

“Wabak denggi melibatkan risiko nyawa kita semua kerana ia tidak mengenal mangsanya. Oleh itu, setiap daripada kita bertanggungjawab untuk membanterasnya,” kata beliau lagi.

Sementara itu, menurut Rohaizah Dahlan, 42, tidak dapat dinafikan, tabiat menjaga kebersihan kediaman atau premis memerlukan bantuan daripada pihak berwajib.

“Saya dapati banyak longgokan sampah haram tidak dibersihkan manakala rumput yang panjang tidak dipotong mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya lagi.

Mengulas pula mengenai premis kosong yang terbiar, tindakan MBI membersihkan premis itu katanya, harus dipuji kerana ia bukan sekadar mengundang penularan wabak denggi tetapi juga mengancam keselamatan penduduk berdekatan kerana sering menjadi tumpuan penagih dadah.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru negeri, Datuk Mah Hang Soon memberitahu tempat pembuangan sampah haram dan premis kosong masing-masing menyumbang sebanyak 29.8 peratus dan 19.9 peratus kepada penularan wabak denggi di Perak.

Sehingga 23 Ogos lalu, lapan kes kematian direkodkan di Perak dan sebanyak 1,683 kompaun dikeluarkan berhubung pembiakan Aedes dan 11 daripadanya dikenakan tindakan mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");