Jenayah

Pencuri sekolah tinggalkan nota

SEPANG – “Terima kasih. Welcome. Jangan marah nak cari RM500 aje”, itulah nota yang ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memecah masuk pejabat dan bilik mesyuarat Sekolah Rendah Agama Sri Cheeding awal pagi, kelmarin.

Kejadian disedari oleh seorang guru kira kira jam 8.30 pagi mendapati pintu gril pejabat serta bilik mesyuarat telah diumpil dan keperluan pejabat berselerak.

Adun Telok Datok, Loh Chee Heng berkata, beliau dimaklumkan sebuah almari yang berkunci dan bermangga itu turut dikopak dan dokumen penting di dalamnya turut berselerak.

Menurutnya, lebih kesal apabila satu nota ditulis di bilik guru besar seolah-olah pencuri terbabit mahukan duit semata-mata bukan barangan lain.

“Bagaimanapun, kejadian ini membimbangkan pihak sekolah kerana dipercayai dua unit komputer turut hilang.

“Saya pasti motif sebenar adalah duit dan dipercayai juga kumpulan penagih dadah,” katanya.

Chee Heng berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku kerana menyasarkan sekolah untuk merompak.

Katanya, memang sebelum ini sebuah balai raya di kampung yang sama pernah di pecah masuk namun selepas itu tiada lagi kejadian seumpama itu berlaku.

“Apa yang penting semua pihak perlu memainkan peranan untuk meningkatkan keselamatan.

“Pihak berkuasa juga diharapkan dapat menyiasat kejadian itu dengan lebih serius bagi tidak menjadikan sekolah sebagai sasaran,” katanya.

Sementara iti, guru besar sekolah ini, Partimah Bawon ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Jarum sejurus menerima aduan daripada kakitangannya namun beliau enggan mengulas lanjut.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");