Berita Hari Ini

Pendidikan gagal satukan kaum di Malaysia?

kok seong

SELEPAS 57 tahun Malaysia merdeka, masih banyak cabaran perlu dilalui negara ini terutama dalam aspek perpaduan rakyat berbilang kaum.

Namun, rakyat sendiri perlu mula membuka minda untuk menerima perubahan yang perlu dibuat bagi memperbaiki masyarakat, termasuk dalam sistem pendidikan yang hari ini dilihat menjadi faktor kepada kerenggangan hubungan antara kaum.

Ini diakui Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor

Datuk Dr Teo Kok Seong yang berpendapat sistem pendidikan negara hari ini dilihat gagal memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.

Menurutnya, Malaysia berjaya membentuk sebuah negara yang pesat membangun tetapi gagal membentuk negara bangsa.

“Walaupun berjaya membentuk negara namun kita belum berjaya membentuk rakyat yang mempunyai jati diri kebangsaan. Dalam menyemai jati diri ini kita tidak boleh lari daripada mengamalkan sosio budaya Melayu kerana perkara berkenaan telah dipersetujui dalam kontrak sosial.

“Sebagai contoh dalam sesuatu majlis yang dianjurkan orang Melayu, jarang sekali disertai kaum lain,” katanya kepada Sinar Harian.

AKAN MENYUSUL.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");