Berita Hari Ini

Peperiksaan Semula UPSR Bermula

KUALA LUMPUR: Peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi dua mata pelajaran yang bocor iaitu Sains dan Bahasa Inggeris berlangsung pada Selasa.

Kertas peperiksaan yang diulang semula itu ialah Sains 018, 028 dan 038 bermula 8.15 pagi dan Bahasa Inggeris 014/1 yang dijadual bermula 10.30 pagi dan Bahasa Inggeris 014/2 pada 12.20 tengah hari.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Oktober.

Peperiksaan semula itu diadakan susulan kebocoran kertas peperiksaan UPSR awal melibatkan 472,853 murid yang mendudukinya di seluruh negara bermula 9 Sept lalu.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada murid yang terlibat dengan UPSR.

Perdana Menteri turut memuji kesabaran ibu-bapa dan guru dalam menghadapi isu kebocoran soalan peperiksaan itu.

-mSTar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");