Jenayah

‘Perisik’ didakwa

Melaka: Seorang pengurus hotel berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menyamar sebagai penjawat awam Unit Risikan Khas Kementerian Dalam Negeri (KDN), bulan lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Mohd Shamsul Azreen Atan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shamsul didakwa menyamar sebagai pegawai risikan khas dari KDN iaitu Bahagian Keselamatan Negara yang tidak wujud dalam perkhidmatan awam berkenaan.

Tertuduh bertindak menunjukkan kad kuasa Unit Risikan Khas KDN kepada pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) semata-mata untuk melepaskan rakannya dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya, di sini, pada jam 3 pagi, 30 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");